Thursday, February 4, 2010

dukacitalah

Muaz bin Jabal r.a memberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa penghuni-penghuni syurga setelah tibanya di syurga tidak akan menyesal dan tidakakan berdukacita mengenai suatu apapun kecuali masa yang telah berlalu dalam dunia tanpa zikrullah."

Apabila penghuni-penghuni syurga menyaksikan pahala ganjaran yang bertimbun-timbun laksana gunung bagi sebutan nama Tuhan yg Maha Suci yang ia sebutkan didalam dunia hanya sekali sahaja.Maka dia akan menyesal seraya berkata, " Alangkah ruginya aku kerana masaku yang banyak terbuang di dunia tanpa zikir."

Hafiz-ibnu-Hajar rah.a menulis dalam kitabnya ‘Al-Munabbihat’ bahawa Yahya bin Muaz rah.a (seorang ahlullah yang terkemuka di mana-mana di dunia ini) sering berkata di dalam munajatnya:

" Ya ALLAH, hamba tidak merasa gembira di malam hari kecuali dengan bermunajat dan berbisik-bisik kepada Engkau. Dan hamba tidak berasa gembira di siang hari kecuali dengan beribadat kepada Engkau. Dan hamba tidak merasa gembira di dunia ini kecuali dengan menyebut nama Engkau yang Maha Agung. Dan hamba tidak akan berasa puas di alam akhirat kecuali dengan pengampunan Engkau (terhadap dosa-dosaku). Dan hamba tidak akan berdukacita di syurga kecuali dengan menyaksikan wajah Engkau (Yang Maha Indah).”

Thursday, January 28, 2010

rasa hairan

tidakkah segala apa berita yang berlaku tu ialah satu pengajaran,memberi tahu segala sesuatu yang anda tidak pernah rasa selama ini. dan anda cukup ego untuk berkata2.

dasar anda rasa cerdik.
mereka yang bodoh.
sungguh handal disitu.

dan perlu ke kita sentiasa ingin mendongak dan menunjukkan diri kita yang terbaik dari mereka2 yang merasa segala sesuatu itu?

bilamana jika kasut itu anda yang pakai, pernah anda sedar busuk kaki anda sendiri?

Tuhan beri kita beribu deria,buat introspeksi diri.

Tuesday, January 12, 2010

dengar fynn jamal cakap

dengar dia tulis
bukan cakap.

fynn jamal

Sunday, January 10, 2010

palestina

The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: "Whoever of you sees an evil deed should change it with his hand [by acting], or if he cannot do that, then with his tongue [by speaking out], or if he cannot do that, then with his heart - and that is the weakest of faith. (Sahih Muslim)

Brave, young man speaks out against Egyptian police after Viva Palestina convoy was attacked and many members of the convoy were arrested and seriously wounded.


Watch With MeLast message received on 1/10 at 11:30 PM

Saturday, January 9, 2010

wasiat padaku.

  1. jalankan apa yang di syariatkan, kerana itu anda dihidupkan. dan bila dihidupkan kembali nescaya itulah yang akan teruskan jua.
  2. sentiasalah bertaubat, beristighfar. kerana setiap saat dirimu bergelimpangan dosa. * aku bagi contoh la, kau keluar rumah, nmpak awek lawa, kau nmpak dosa. kau bukak tv ko nampak dosa. dan perbuatan2 lama kau yang menyeru orang lain buat dosa, juga akan berterusan mendapat dosa tu. setiap gerak geri, percakapan dan kelakuankau mungkin akan sentiasa berdosa.jadi, sentiasalah bertaubat, sebelum terlambat.
  3. banyakkan sedekah, walaupun sedikit. kerana itu kunci kezeki.
  4. banyakkan zikir, kerana itu penenang hati, karena itu lah amalan paling senang untuk dilakukan. amalkan setiap degup jantung kau untuk berzikir padaNya.
  5. hiduplah dengan memberi kegembiraan kepada orang lain.
insyaAllah

Friday, January 8, 2010

definisi persepsi

Persepsi merupakan proses yang terjadi di dalam diri individu yang dimulai dengan diterimanya rangsang, sampai rangsang itu disadari dan dimengerti oleh individu sehingga individu dapat mengenali dirinya sendiri dan keadaan di sekitarnya (Bimo Walgito).

Persepsi merupakan proses pengorganisasian dan penginterpretasian terhadap stimulus oleh organisme atau individu sehingga didapat sesuatu yang berarti dan merupakan aktivitas yang terintegrasi dalam diri individu (Davidoff).

Persepsi ialah interpretasi tentang apa yang diinderakan atau dirasakan individu (Bower).

Persepsi merupakan suatu proses pengenalan maupun proses pemberian arti terhadap lingkungan oleh individu (Gibson).

Persepsi juga mencakup konteks kehidupan sosial, sehingga dikenallah persepsi sosial. Persepsi social merupakan suatu proses yang terjadi dalam diri seseorang yang bertujuan untuk mengetahui, menginterpretasi, dan mengevaluasi orang lain yang dipersepsi, baik mengenai sifatnya, kualitasnya, ataupun keadaan lain yang ada dalam diri orang yang dipersepsi sehingga terbentuk gambaran mengenai orang lain sebagai objek persepsi tersebut (Lindzey & Aronson).

Persepsi merupakan proses pemberian arti terhadaplingkungan oleh seorang individu (Krech).

Persepsi merupakan suatu proses yang dimulai dari penglihatan hingga terbentuk tanggapan yang terjadi dalam diri individu sehingga individu sadar akan segala sesuatu dalam lingkungannya melalui indera-indera yang dimilikinya.


Saturday, January 2, 2010

salawat