Thursday, March 18, 2010

berlari.

“Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari”.

(HR. Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)

menyesal selagi mahu.

rebahkan jasadmu lemah
katup matamu rapat
dengarkan angin lalu.

jawab salam dia
bukan sesiapa,
dia malaikat maut.

berbicaralah dengan dia
mulakan pujuk rayu
agar diberikan masa
andai di benar dihadapanmu.

apa mahu lagi dipinta.
kecuali diberi masa.

buka mata,
cepat menyesal.

muhasabah diri.