Monday, November 30, 2009

infiniti

serta warta alam meliputi jasadi ini
aku tertidur, terlupa.
memutar bijian lafaz keagunganmu
dan disitu aku hilang
kosong

bersamamu hanya indah belaka
aku berbicara padamu
cair jiwa air mata ini
dan berbicara lagi

hanya kau
kau
kau ya Tuhanku.
aku tersungkur

sbnarnya padamu ialah
dan tetap juga
infiniti.

Thursday, November 26, 2009

terbatas waktu

sangka angin
rupanya sangkakala
gerun imaginasi
ribut digurun manusia

aku dimana
barisan belakang mungkin
aku tidak mahu
sungguh tidak malu

mengertilah
aku cuba menongkah
merempuh manusia
ke saf hadapan

tapi..
hampa.